Aug 18, 2010

Dunia yang baharu

Alhamdulillah. Tuhan memberi kemudahan ini. Pekerjaan tetap telah dimiliki. Alhamdulillah. Tak tergambar apa rasanya, hanya bibir saja yg bergerak dgn sendirinya. Alhamdulillah. Inilah hadiah yang bermakna sempena Ramadhan ini.

::Guru baharu, Sekolah pun baharu::

SK Lesong Batu, Alor Gajah, Melaka menjadi penempatan pertama setelah tamat pengajian KPLI di IPG Perlis. Alhamdulillah, dihantar ke Melaka, dekat dengan keluarga. Alhamdulillah.

Menjadi 'pioneer counsellor' di sekolah yang juga baharu (baru menginjak tempoh 2 bulan operasi), SKLB akan menjadi tempat untuk saya mulakan segalanya. Ilmu yang masih sedikit ini, diharapkan dapat digarap dengan baik, selain dibantu oleh guru-guru dan staf yang baik-baik belaka :)

Hari pertama, saya berkenalan dengan salah seorang pekerja sekolah. Lama juga kami berbual. Hampir selesai baru beliau tahu, saya ialah seorang guru baharu di situ. Beliau banyak menasihati selain memberi ide-ide yang bernas.

Saya kira, beliau seorang yang berpengalaman melalui cara beliau bercakap dan menerusi ide yang beliau sarankan. Terima kasih Pakcik :)

Berbual dengan Tuan Guru Besar, staf-staf dan guru-guru memudahkan segala urusan. Apa yang saya cuba hadamkan dalam fikir dan rasa ialah;

1-Saya masih baharu.
2-Ilmu dan pengalaman cikgu lama lebih banyak dari saya.
3-Saya wajib berguru dengan senior yang ada
4-Tak salah mengaku bodoh, tapi jangan sampai dibodohkan.
5-Komunikasi amat penting dan 'non verbal will talks more'
6-Murid-murid ialah aset terpenting. Rapport amat penting antara kami

::SKLB sekolah yang cantik::

Fasiliti sekolah amat baik. Meja-meja guru tersusun cantik. Sekolah pun masih baharu dalam negeri Melaka ni. Aduhai, semua orang kata "bertuah kau dapat sekolah baharu".

Betullah bertuah, sebab dapat memulakan segala. Namun, itulah juga cabaran yang perlu digalas sebaiknya. Di mana ada kemudahan, pasti terselit cabaran dan kesukarannya tersendiri.

InsyAllah, yang terbaik. Azam saya mahu perbaharui etika kerja. Lebih komited dan smart. Ini perlukan saya untuk banyak membaca, banyak 'communicate', and be more sceptical rather than stereotype.

All the best diriku. Jom Sekolah!!! ^_^

No comments: